Monday, 12 December 2011

drama kami :)

As-salam . ini adalah post pertama daripada aku . so alang2 korang dok cerita pasal surprise masa birthday izzul 2hari yang lepas , so aku pon macam nak share lah drama yang aku , syidah , amalina dan ain nadiah . MUAHAHAHAHA -ok gelak jahat gila ar-

sebelum tu nak cakap , sorry ar , drama kami ni kami lupa nak record/capture gambar . so korang imagine2 sendiri la ek

bermulanya kisah apabila pagi jumaat lepas kuliah biology kat DKK1 tu , aku , farah dan auni on the way nak ke bilik lecturer kelab kami di tingkat 5 FSK 1,5. kami pun tunggu la dekat lif yang tengah bangunan tu .

tatkala salah satu lif tu dibuka , mayo dan syamil kluar dari lif tu . asalnya kami tiga ni nak masuk la , tengok mayo tahan aku .

"diyana , ada something nak discuss dengan mu kejap..."

ok syamil n mayo tahan aku , manakala farah n auni pulak dah blah tinggal aku . sob3 . mayo dan syamil terangkan aku bahawasanya :

  • 10 hb disember : birthday izzul
  • nak pekena izzul pada malam tersebut
  • nak mintak aku tolong bersubahat sekali
WHAT ?????

plannya macam ini :

  • KONONNYA zunurain nak pindah , dapat twaran SPA . so , aku diarahkan untuk call izzul malam tu , area pukul 10-11 dan PAKSA izzul turun raff sebab nak lengah2 kan masanya
  • akan dibantu oleh beberapa boys yang get ready kat bilik izzul malam tu , kononnya back up nak paksa n pujuk rayu izzul untuk turun raff
  • sebab berdasarkan pemerhatian aku , izzul MALAS nak turun tambah2 benda2 remeh n kecik2 camni (kalau aku pun malas nak turun hihi)
korang ingat senang ke nak pujuk dia turun ?? macam2 benda aku fikir strategi untuk bagi dia turun jugak . dan ideanya aku dapat masa BEL . hihihi

strateginya adalah seperti berikut :
  • memandangkan Zunurain ni rapat dengan syidah , ain nadiah dan amalina , maka aku dengan official nya meminta pertolongan mereka untuk menjayakan plan ini . muahahaha
  • syidah perlu memainkan peranan paling penting dalam drama kami ini sebab dia paling rapat sekali dengan zunurain
so tepat 10.30 malam , seperti yang dijanjikan , kami bersidang di raff untuk sesi lakonan kami . (dalam hati dok berdoa harap2 la drama kami ni menjadi dan nampak real n asli . huhu )

strategi pertama : aku call izzul , ala2 emergency call gitu . dengan penuh nada saspensnya aku bagitau ,

" weh izzul , tau tak zunurain last2 minute nak pindah ?? dia dapat tawarn SPA . cepat la turun raff weih . sekarang ni jugak .. ni syidah , ain dan amal pun ada jugak , diorang ar baru ja bagitau aku tadi..."

ok izzul memang terkejut gila . HAHAHAHA (time tu rasa macam ada dua tanduk muncul atas kpala huhu)

dua kali aku call izzul nak paksa dia turun (dalam hati ni dok kira berapa banyak kredit aku habis...dah la izzul pakai num maxis grrrr ) . dengan bantuan syidah memujuk rayu dengan nada yang penuh sayu , maka izzul pun turun dengan hafizd dan syamil ! YEAHHHH !

strategi 2 : syidah akan berperanan menceritakan masalah yang dihadapi oleh zunurain . KONONNYA ,

"ain asalnya tak jadi nak pindah tapi last2 minute mak dia suruh dia terima jugak tawaran SPA tu , so asalnya ain beritahu kat syidah ja , tak kasi orang lain tahu . tapi syidah tak sampai hati , so syidah bagitau kat ain nadiah dan amal . syidah tak sanggup biarkan ain pergi begitu sahaja tanpa ada sebarang sambutan dari kami. maklumlah , time suri nak keluar tu , macam2 kami buat . kek la, kfc la , adiah dan kad la . macam2 la !tapi tatkala ain dapat tau yang syidah beritahu kat orang lain , ain terasa hati dan ingin pindah pada keesokan hari nya jugak . so , KONONNYA syidah , ain nadiah dan amal inform kat diyana supaya kitorang sama2 dapat handle farewell party intuk ain walaupun last2 minute. yang pasti KONONNYA sebelum petang sabtu sebab KONONNYA mak zunurain da nak ambil dia bawak balik dah.."

fuhhh . ingat senang ka nak buat kronologi ni haa ???

ok jalan cerita ni tugas syidah . HAHA . yang bestnya ada part syidah cam nak nangis tu . HAHA menjadi gilaaa ar . hebat sungguh lakonan kawan2 aku ni hihi

strategi 3 : ain nadiah , amal dan aku . kami bersepakat untuk membincangkan persiapan2 untuk party untuk zunurain tu . haha . dok bajet la sekali dengan izzul sekali , duit kat aku ada berapa , duit kat izzul ada berapa . bajet nak beli kek apa . kat mana . hadiah nak bagi apa . nak buat party tu pukul berapa . siapa yang nk kluar beli kek tu . yang tak bleh blah nya , ain nadiah n amal tiba2 volunteer nak sponsor hadiah untuk zunurain (sejak bila korang jadi pemurah gila ni wehhh ! )

yang paling kesiannya , kitorang yang sedia maklum akan kehilangan wallet izzul (sebab kitorang yang balut hadiah tu hihi) saja la suruh izzul sponsor , dia dengan pasrahnya berkata ,

"wallet aku ada orang curi , tak tau la siapa yang ambik .. aku rasa budak laki c3 je yang nak ambil pun . aku rasa diorang nak prank aku la . sedih tau , lunch tadi pun hafizd yang belanja .... kad atm pun tak da ..."

kesian tu , memang kesian . tapi , maafkan kami ya izzul . drama kami tak habis lagi . hihi

pastu area 11.15 tu macam tak da modal da nak cakap , izzul pun gaya macam nak blah cepat2 ja . NASIB BAIK idea siapa tah melencong bukak topik pasal ragbi feveret izzul tu la , pastu kami cakap pasal game tu la apa la . izzul ni jenis senang nak melencong ke topik lain jugak ni . nasib baik dia layan ja apa yang kami tanya . hahaha kesian betul la kawan aku sorang ni ish2

ok , area 11.30 tu , ktorang nak melabuhkan tirai la. dah afham cakap area 11.30 ja drama kami . . so kami memang on time ar. sejurus selepas izzul , syamil n hafizd beredar dari raff tu , aku dan ain nadiah melepaskan nafas lega yang amat sangat . PENAT TAU TAK BUAT KEJA NI !! nasib baik menjadi . haha .

dalam hati tatkala melihat mereka bertiga keluar dari raff tu dok kata ,

habisla kau lepas ni izzul oi ....

malam tu , aku pun mesej kat izzul sempena birthdaynya , alang2 aku pun tanya lah "

diyana : amacam lakonan kami ? menjadi tak ? haha
izzul : jadi2 . terbaik dari ladang . haha

anggap la drama tak bertauliah dari kami berempat tu sebagai adiah ari jadi untuk kau ya wahai class rep . semoga panjang umur dan murah rezeki . dan semoga datang awal ke kelas lepas ni . HAHA

-anadiyana-

No comments:

Post a Comment

>